Pages

Friday, April 30, 2010

Masjid yang panas?

Assalamualaikum.

Hari ini hari Jumaat, hari orang lelaki diwajibkan bersolat Jemaat ( Jumaat ).Kalau keuzuran, barulah dibolehkan untuk solat di rumah sahaja.Zaman saya kerja kilang dahulu, biasanya saya sahajalah remaja tampan yang akan keluar menunaikan solat Jumaat.Manakala, kawan - kawan saya yang lain lebih suka bersembunyi di bilik stor sambil makan nasi bungkus dan melayan video lucah dari handset yang canggih beralaskan kotak - kotak lama ( kerdus bahasa Jawanya- jgn tak tahu pula ).Tokey kilang pula cina kafir, dia peduli apa orang Islam tak sembahyang Jumaat.Surau kilang pon hanya sebesar 2x4 meter persegi, itupun di atas stor berbumbungkan zink yang panas membara.Hanya yang kuat iman sahaja akan pergi menunaikan solat di situ, selebihnya ....inilah masalah negara kita yang pemimpinnya Islam tetapi tak tahu mentadbir dan menguatkuasakan undang - undang Islam dalam kilang orang cina kafir.

Ada surau macam nak bagi pekerja sembahyang tetapi panas dan kecik macam tak nak bagi orang sembahyang.Itupun saya rasa bukan pihak kilang yang sediakan ruang bersolat tu, inisiatif pak cik -mak cik yang mahu bersolat rasanya.Alhamdulillah.

Hari ini saya bersolat dalam panas Jumaat di bawah panahan matahari di waktu Zawal.Tu, waktu matahari jatuh mencondong, memang panas panahannya.Balasan rasanya, sibuk sangat bekerja sampai keluar pejabat lewat dan akhirnya ..nah..duduk lah saya di luar masjid, bersolat di atas jalan raya dengan beralaskan tikar getah.

Saya teringat kenangan di kilang dahulu, dan hari ini pula dalam situasi yang berbeza di tempat yang berbeza.Saya mula bertanya - tanya, apakah si imam itu tidak tahu maslahah para makmum yang kepanasan di luar.Bukannya dia tidak tahu, saf - saf yang diluar semuanya tidak berbumbung.Solat Jumaat pula bukan diwaktu Maghrib wahai imam.Ianya diwaktu tengah hari, kemuncak matahari sedang panas.Saya pula dengan berjubah hitam, perghh...memang sedap panasnya.

Pihak masjid ni pun satu, apa tidak tahu di sini kawasan ramai penduduknya.Tidak ada wangkah mahu mendirikan tiang berbumbung sepanjang halaman masjid.Penduduk yang kaya, tetapi kedekut agaknya.

Saya melihat pak cik disebelah kanan saya sudah mula resah.Di sebelah saya pula, pak cik kerja mengecat rumah, kepenatan dan panas pula,dia sudah nyenyak tidur sambil mendengar khutbah di balik mimpi.Saya sudah mula mengesok - ngesot ke hadapan mencari bayang - bayang.Belakang badan sudah mula terbakar...sedapnya..

Para jemaah yang lain ada yang berdiri di bawah kedai - kedai berhampiran.Daripada duduk menanggung panas, lebih elok berdiri di kedai - kedai yang ada.Perhimpunan yang sepatutnya menjadi ruang tajdid iman seminggu sekali untuk umat Islam, mendengar tazkirah daripada khatib seolah - olah tidak tercapai maksudnya oleh kerana sebab masjid yang uzur kemudahannya, bobrok pentadbirannya.

Saf di luar yang hanya beralaskan tikar hijau yang bersimpang siur sudah tidak payah cerita.Saf sahaja sudah boleh menggambarkan apa masalah umat Islam sekarang.Kanak - kanak yang sibuk bermain gaduh - gaduh pula sudah boleh menggambarkan institusi keluarga Islam sekarang.Kemudahan masjid yang kurang juga menggambarkan apa yang telah tergambar di dalam otak pemikiran anda semua.Khatib yang tidak memikirkan keadaan makmumnya juga menggambarkan siapa pemimpin negara kita sekarang.Habis punah segala dan apa yang ada jemaah yang mahu bersolat menunaikan kewajipan tetapi kosong jiwanya.



Masjid yang bagus bagi saya ialah masjid yang luas ruang dalamnya, luas juga halamannya supaya tidak putus - putus safnya.Bahkan jika ada jemaah kedua yang hadir mahu menunaikan solat, mereka boleh nampak ada jemaah lain yang sedang menunaikan solat.Tidak ada perpecahan jemaah.Kemudian biarlah ada beranda, tempat lepak - lepak si musafir yang mahu berehat.Kutu - kutu yang tak ada tempat berteduh, kadangkala boleh juga tumpang tidur.Itukan rumah Tuhan, menerima sesiapa sahaja.Tapi sekarang, ada masjid - masjid baru yang langsung tak ada beranda.Alasannya takut orang tabligh buat tempat tidur dan ada kutu - kutu yang lepak di situ dan curi duit masjid.Kutu curi duit masjid atau ekau yang curi duit nak buat beranda tu?

Kemudian masjid biar ada halaman yang luas, ada taman lagi bagus, mesra makmum orang kata.Bukannya sempit sesempit pemikiran engineernya.Kalau lapang, yang datang pun lapang nak solat, ada taman boleh lah yang tua - tua duduk berzikir lepas solat, sambil berbual - bual ingat akhirat.Tak gitu?

Entah apa yang berlaku dalam projek membinan masjid ni.Kadang - kadang bila masjid dah siap, orang yang uruskan pembinaan masjid yang kena maki.Atap lubanglah, saluran air tersekat lah, tandas rosaklah, tandas hadap kiblat lah, lantai pecah lah dah lah lah yang lain.Apa sebenarnya yang terjadi?Buat rumah tuhan pun nak mencuri ke?

La ni masjid lama kampung saya akan dibina kembali, harapnya tak ada yang kena maki dengan saya.Itulah dia cerita masjid.Jangan anggap masjid tempat yang sama dengan shooping centre.

Saya tutup dengan,

”Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada-Nya dan hari kemudian, serta (tetap) mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan tidak takut (kepada siapa pun), kecuali kepada Allah. Maka, mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk.”

(QS Attaubah [9]: 18).

Mr Tobiey menulis.

Monday, April 26, 2010

Al Fudul

Pilihanraya di Hulu Selangor, pihak saya kalah.Itulah keputusannya setelah ribut melanda mengatakan pihak yang lebih akrab kepada Islam akan menang, namun akhirnya ..nah...dia kalah juga.

Kita ikuti perkembangannya esok ok.

Saya dah hampir melelapkan mata.Saja saya tahan - tahan sekalipun badan tak berapa nak sihat dan akal tak berapa nak 'center'.

Nak mencatat sesuatu tentang perjanjian Fudul, salah satu sejarah yang perlu semua agama ambil tahu dan mengambil iktibar atas dasar mengambil faham peranan semua bangsa dalam menegakkan keadilan.

Perjanjian yang telah dihadiri oleh qabilah Quraisy seperti Bani Hasyim, Abu Abdul Mutalib, Asad bin Abdul Al Uzza, Zuhrah bin Kilab, Taiyim bin Murrah dll ini telah dimeterai di rumah Abdullah bin Jadaan Al Taiyimi kerana faktor kedudukannya yang disanjung dan juga faktor pengalaman dan juga umur.

Mereka yang berkumpul pada hari yang bersejarah ini telah membuka satu dimensi baru kepada sebuah negara yang berbilang kaum dalam menerajui satu konsep keadilan di atas satu matlamat iaitu mereka semua bersetuju dan berjanji untuk memihak kepada sesiapa sahaja yang dianiayai dan akan menghukum penganiaya dengan balasan yang setimpal.

Baginda SAW telah juga turut serta dalam perjanjian ini dan memuji - memuji perjanjian ini dengan sabdanya,

" Daku telah menyertai satu perjanjian berkenaan, satu perjanjian yang diadakan di rumah Abdullah bin al Jadaan.Perjanjian ini menyenangkan hatiku, lebih dari kesenanganku kepada unta - unta gemuk.Sekiranya aku dijemput semasa Islam, nescaya daku beri persetujuan dengan segera "

Jelas, perjanjian ini menafikan segala semangat kefanatikan kebangsaan dan mengangkat tinggi nilai keadilan.

Yang dianiyai, tidak kira bangsa Melayu, Cina, India dan lain -lain bangsa dan suku kaum, perlu sama - sama dibela.Inilah agama Islam, siapa kata Islam hanya untuk orang - orang mengaji Al Quran sahaja?

" Sesungguhnya daku diutuskan sebagai pembawa rahmat untuk sekalian alam"

Rujukan : al Rahequl al Maktum ( sirah )

Friday, April 23, 2010

My 1st Debut

Hye, Mrs Tobiey disini (lalalala~)

Lama dah tak mengarang entry untuk blog, jadi jari2 besarku ini terkaku sebentar. Tambahan sedikit sibuk dengan pengurusan sukan yang akan berlangsung hujung bulan ini, makanya blog asal saya pun ditinggal sepi.

Saja mahu berkongsi dengan pembaca semua, tentang merokok. Takdelah nak membebel panjang pun jangan merokok, merokok membahayakan kesihatan bla bla bla.. sebabnye kementerian kesihatan puas dah buat macam-macam kempen supaya hidupan kat Malaysia tu berhenti merokok.

"Apa kau rasa hansem ke bila merokok?" selamba doktor biochem ku menempelak pelajar-pelajarnya. Kaum paling hansem kat dunia ni memang suka merokok. Nak jumpa jejaka hansem (spesis kaum nilah) yang tak merokok memang lah payah ya Rabb. Sama ada fakta atau auta, semua pakar bedah kat hospital tempat saya bekerja ni semuanya merokok dan perokok. Tensi mungkin bekerja sebagai surgeon, u need to be perfect by hook or by crook. Main dengan nyawa orang beb.. mana boleh main-main.

Sebab tu saya tak nak jadi surgeon. Mahu jadi pakar kencing boleh?

Ini bukan auta tapi ini fakta.. sayugia dan dukacita di ingatkan kepada perokok tegar, selain anda bekemungkinan untuk mati awal lantaran dihinggapi kanser paru-paru, anda juga berpotensi untuk mendapat kanser pundi kencing atau bahasa up-to-datenya bladder cancer. Dan dan perhatian kepada kaum adam, anda boleh mandul jika mendapat kanser pundi kencing.

Jadi, mahukah anda menjadi mandul?

Tentu tidak bukan.. Tapi sapa-sapa yang mahu, silalah angkat tangan dan bolehlah buat preparation awal dengan menderma sperma-sperma anda ke bank sperma.

Sekian.





Kehilangan orang yang tersayang?Apa nak buat?

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud," Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga."

Riwayat Bukhari

Aku tak sempat nak hurai hadis ini.Dah nak masuk kerja dah...nanti bos marah pula.Sayalah bos tu, bos kepada diri sendiri.
Lagipun tak semua perkara perlu diurai dan dijelaskan.Tak semua soalan perlu dijawab.Tak semua berita gembira kita kena tersenyum.


Hadis di atas untuk saya dan kawan - kawan.
Sekadar perkongsian utuk hari ini.

Sekian, have a nice day na.....

Written by : Mister Tobiey


Thursday, April 22, 2010

kembali ke dapur

Hai kawan - kawan...

Hehe.Macam juara raja lawak musim pertama tak?Sekali lagi, ramai - ramai...

Hai kawan - kawannnnn.Ceria sungguh kawan - kawan saya hari ini.

Hari ini hari pertama saya kembali masuk ke dapur, bekerja sebagai chef pencacai yang tak reti nak masak.Hanya reti campak - campak ( bahasa orang pro, campak - campak ).Huuu~
Bekerja sebagai tukang masak adalah antara pekerjaan yang sangat memenatkan.Nak nak saya buat berdua sahaja dengan partner saya.Kamilah yang pergi pasar, kamilah yang angkat barang, kamilah yang basuh ayam,kamilah yang kupas bawang dan kamilah juga yang akan habiskan makanan tu kalau tak laku.Puh puh..bagi laku ya Allah.

Saya masak apa dan untuk apa sebenarnya?
Alah, hanya kecil - kecilan.Pack dari rumah dan hantar ke tempat lain.Itulah namanya chef pencacai.Huhu.



Kerja saya tidaklah penting mana cuma saya mahu berkongsi sesuatu dengan kawan - kawan.Sekali lagi ramai - ramai...

Hai kawan - kawannn....( ada dengung sikit )

Ok, saya mahu berkongsi nasihat.Ad deenu nasihah ( agama itu nasihat ).Duduklah sebentar, habiskan baca apa yang saya tulis ni.

Nasihat pertama ialah apabila bekerja saya cuba untuk niatkan yang hasil keuntungan saya bukanlah hak milik mutlak saya, tetapi ia adalah hak saya dan juga hak orang - orang Islam lain yang memerlukan bantuan.

Nasihat saya yang kedua untuk diri saya sendiri, bekerjalah untuk memberi servis yang terbaik kepada pelanggan, apatah lagi jikalau pelanggan - pelanggan itu adalah kawan - kawan kita sendiri.Ketika saya di dapur, saya cuba sedaya upaya untuk meletakkan hasil keuntungan ditempat yang nombor 1 tetapi saya juga meletakkan matlamat untuk memberi kepuasan kepada para pelanggan saya.

Saya memberi manusia makan, maka saya cuba memasak dengan sehabis baik,tidak kedekut kuah,beri kuah yang sesuai pekatnya, beri saiz lauk yang sesuai dengan nisbah manusia biasa makan.

Sebenarnya, satu ketika dahulu, saya pernah terdengar cerita tentang seorang pelacur yang dimasukkan ke dalam syurga kerana memberi minum kepada seekor anjing yang kehausan.Dalam kes saya, saya menyediakan masakan yang enak - enak untuk manusia, sebaik - baik makhluk ciptaan Tuhan.Sedangkan pelacur, Allah memandang tinggi 'jasa baik'nya kepada seekor binatang bernama anjing dan memasukkanya ke dalam syurga, apakah Allah tidak akan memandang 'jasa baik' saya ini?

Kisah ini, memberi satu penghayatan kepada saya,harapnya perkongsian ini memberi faedah.
Ya Rabb, kau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani hamba - hambamu.

Senang cerita, jangan berkira sangat tentang mahu mendapat keuntungan yang besar sehingga bersifat kedekut.Apa guna orang makan masakan kita tetapi dalam hati mereka menyumpah - nyumpah saya.Makanan dicaci, saya juga yang nanti dibenci.

Untuk nasihat yang ketiga pula, nasihat ini amat penting untuk kawan - kawan...apatah lagi kawan - kawan yang graduated dari mana - mana universiti.Anda dianugerahkan akal yang bijak, sempurna sifat, himmah yang tinggi dan lain - lain keistimewaan.Biasalah, budak universiti..ecececeh...banggalah tu saya puji.

Wahai budak - budak universiti, berilah peluang untuk diri anda yang cerdik itu untuk berfikir menyediakan kerja untuk orang lain, bukannya bekerja di bawah orang lain.Bagi saya, orang yang berjaya ialah orang yang memikirkan cara untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada orang lain, bukannya berfikir untuk bekerja dengan orang lain.Lazimnya saya lihat, jarang - jarang siswazah kita berani menubuhkan syarikat sendiri, berniaga sendiri.Entah kenapa ya?

Fikir - fikirkan.

Baiklah, itu sahaja untuk kali ini.


Jemput makan...baca bismillah.Dah mamam, jangan lupa bayar...hehe.


Mari sekali lagi...ramai - ramai.
Hai kawan - kawannnnnnnn...
Oklah kawan - kawanku sekalian, selamat dan semoga sukses selalu.Doakan saya di sini ya.

Written by mister 2807.

Bismillah...

Bismillah dan al hamdulillah, akhirnya saya kembali menulis setelah sekian lama mem'beku'.Tidak ada apa untuk kali ini, jari - jemari masih sejuk - sejuk lagi mahu mula menaip.masih kejang beku.

Nah, nak post gambar anak buah saya sahaja untuk kali ini.

Kanak - kanak yang masih bersih, simbolik untuk saya yang mahu menulis yang suci - suci sahaja.Kita tengoklah nanti, suci tak sucinyanya blog ni.Setiap hari saya angkatkan air sembahyang untuk blog ni nanti.Haha..gurau - gurau.

Ok, stay tune.


Written by mister 2807
Related Posts with Thumbnails