Pages

Monday, April 26, 2010

Al Fudul

Pilihanraya di Hulu Selangor, pihak saya kalah.Itulah keputusannya setelah ribut melanda mengatakan pihak yang lebih akrab kepada Islam akan menang, namun akhirnya ..nah...dia kalah juga.

Kita ikuti perkembangannya esok ok.

Saya dah hampir melelapkan mata.Saja saya tahan - tahan sekalipun badan tak berapa nak sihat dan akal tak berapa nak 'center'.

Nak mencatat sesuatu tentang perjanjian Fudul, salah satu sejarah yang perlu semua agama ambil tahu dan mengambil iktibar atas dasar mengambil faham peranan semua bangsa dalam menegakkan keadilan.

Perjanjian yang telah dihadiri oleh qabilah Quraisy seperti Bani Hasyim, Abu Abdul Mutalib, Asad bin Abdul Al Uzza, Zuhrah bin Kilab, Taiyim bin Murrah dll ini telah dimeterai di rumah Abdullah bin Jadaan Al Taiyimi kerana faktor kedudukannya yang disanjung dan juga faktor pengalaman dan juga umur.

Mereka yang berkumpul pada hari yang bersejarah ini telah membuka satu dimensi baru kepada sebuah negara yang berbilang kaum dalam menerajui satu konsep keadilan di atas satu matlamat iaitu mereka semua bersetuju dan berjanji untuk memihak kepada sesiapa sahaja yang dianiayai dan akan menghukum penganiaya dengan balasan yang setimpal.

Baginda SAW telah juga turut serta dalam perjanjian ini dan memuji - memuji perjanjian ini dengan sabdanya,

" Daku telah menyertai satu perjanjian berkenaan, satu perjanjian yang diadakan di rumah Abdullah bin al Jadaan.Perjanjian ini menyenangkan hatiku, lebih dari kesenanganku kepada unta - unta gemuk.Sekiranya aku dijemput semasa Islam, nescaya daku beri persetujuan dengan segera "

Jelas, perjanjian ini menafikan segala semangat kefanatikan kebangsaan dan mengangkat tinggi nilai keadilan.

Yang dianiyai, tidak kira bangsa Melayu, Cina, India dan lain -lain bangsa dan suku kaum, perlu sama - sama dibela.Inilah agama Islam, siapa kata Islam hanya untuk orang - orang mengaji Al Quran sahaja?

" Sesungguhnya daku diutuskan sebagai pembawa rahmat untuk sekalian alam"

Rujukan : al Rahequl al Maktum ( sirah )

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails