Pages

Friday, April 30, 2010

Masjid yang panas?

Assalamualaikum.

Hari ini hari Jumaat, hari orang lelaki diwajibkan bersolat Jemaat ( Jumaat ).Kalau keuzuran, barulah dibolehkan untuk solat di rumah sahaja.Zaman saya kerja kilang dahulu, biasanya saya sahajalah remaja tampan yang akan keluar menunaikan solat Jumaat.Manakala, kawan - kawan saya yang lain lebih suka bersembunyi di bilik stor sambil makan nasi bungkus dan melayan video lucah dari handset yang canggih beralaskan kotak - kotak lama ( kerdus bahasa Jawanya- jgn tak tahu pula ).Tokey kilang pula cina kafir, dia peduli apa orang Islam tak sembahyang Jumaat.Surau kilang pon hanya sebesar 2x4 meter persegi, itupun di atas stor berbumbungkan zink yang panas membara.Hanya yang kuat iman sahaja akan pergi menunaikan solat di situ, selebihnya ....inilah masalah negara kita yang pemimpinnya Islam tetapi tak tahu mentadbir dan menguatkuasakan undang - undang Islam dalam kilang orang cina kafir.

Ada surau macam nak bagi pekerja sembahyang tetapi panas dan kecik macam tak nak bagi orang sembahyang.Itupun saya rasa bukan pihak kilang yang sediakan ruang bersolat tu, inisiatif pak cik -mak cik yang mahu bersolat rasanya.Alhamdulillah.

Hari ini saya bersolat dalam panas Jumaat di bawah panahan matahari di waktu Zawal.Tu, waktu matahari jatuh mencondong, memang panas panahannya.Balasan rasanya, sibuk sangat bekerja sampai keluar pejabat lewat dan akhirnya ..nah..duduk lah saya di luar masjid, bersolat di atas jalan raya dengan beralaskan tikar getah.

Saya teringat kenangan di kilang dahulu, dan hari ini pula dalam situasi yang berbeza di tempat yang berbeza.Saya mula bertanya - tanya, apakah si imam itu tidak tahu maslahah para makmum yang kepanasan di luar.Bukannya dia tidak tahu, saf - saf yang diluar semuanya tidak berbumbung.Solat Jumaat pula bukan diwaktu Maghrib wahai imam.Ianya diwaktu tengah hari, kemuncak matahari sedang panas.Saya pula dengan berjubah hitam, perghh...memang sedap panasnya.

Pihak masjid ni pun satu, apa tidak tahu di sini kawasan ramai penduduknya.Tidak ada wangkah mahu mendirikan tiang berbumbung sepanjang halaman masjid.Penduduk yang kaya, tetapi kedekut agaknya.

Saya melihat pak cik disebelah kanan saya sudah mula resah.Di sebelah saya pula, pak cik kerja mengecat rumah, kepenatan dan panas pula,dia sudah nyenyak tidur sambil mendengar khutbah di balik mimpi.Saya sudah mula mengesok - ngesot ke hadapan mencari bayang - bayang.Belakang badan sudah mula terbakar...sedapnya..

Para jemaah yang lain ada yang berdiri di bawah kedai - kedai berhampiran.Daripada duduk menanggung panas, lebih elok berdiri di kedai - kedai yang ada.Perhimpunan yang sepatutnya menjadi ruang tajdid iman seminggu sekali untuk umat Islam, mendengar tazkirah daripada khatib seolah - olah tidak tercapai maksudnya oleh kerana sebab masjid yang uzur kemudahannya, bobrok pentadbirannya.

Saf di luar yang hanya beralaskan tikar hijau yang bersimpang siur sudah tidak payah cerita.Saf sahaja sudah boleh menggambarkan apa masalah umat Islam sekarang.Kanak - kanak yang sibuk bermain gaduh - gaduh pula sudah boleh menggambarkan institusi keluarga Islam sekarang.Kemudahan masjid yang kurang juga menggambarkan apa yang telah tergambar di dalam otak pemikiran anda semua.Khatib yang tidak memikirkan keadaan makmumnya juga menggambarkan siapa pemimpin negara kita sekarang.Habis punah segala dan apa yang ada jemaah yang mahu bersolat menunaikan kewajipan tetapi kosong jiwanya.



Masjid yang bagus bagi saya ialah masjid yang luas ruang dalamnya, luas juga halamannya supaya tidak putus - putus safnya.Bahkan jika ada jemaah kedua yang hadir mahu menunaikan solat, mereka boleh nampak ada jemaah lain yang sedang menunaikan solat.Tidak ada perpecahan jemaah.Kemudian biarlah ada beranda, tempat lepak - lepak si musafir yang mahu berehat.Kutu - kutu yang tak ada tempat berteduh, kadangkala boleh juga tumpang tidur.Itukan rumah Tuhan, menerima sesiapa sahaja.Tapi sekarang, ada masjid - masjid baru yang langsung tak ada beranda.Alasannya takut orang tabligh buat tempat tidur dan ada kutu - kutu yang lepak di situ dan curi duit masjid.Kutu curi duit masjid atau ekau yang curi duit nak buat beranda tu?

Kemudian masjid biar ada halaman yang luas, ada taman lagi bagus, mesra makmum orang kata.Bukannya sempit sesempit pemikiran engineernya.Kalau lapang, yang datang pun lapang nak solat, ada taman boleh lah yang tua - tua duduk berzikir lepas solat, sambil berbual - bual ingat akhirat.Tak gitu?

Entah apa yang berlaku dalam projek membinan masjid ni.Kadang - kadang bila masjid dah siap, orang yang uruskan pembinaan masjid yang kena maki.Atap lubanglah, saluran air tersekat lah, tandas rosaklah, tandas hadap kiblat lah, lantai pecah lah dah lah lah yang lain.Apa sebenarnya yang terjadi?Buat rumah tuhan pun nak mencuri ke?

La ni masjid lama kampung saya akan dibina kembali, harapnya tak ada yang kena maki dengan saya.Itulah dia cerita masjid.Jangan anggap masjid tempat yang sama dengan shooping centre.

Saya tutup dengan,

”Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada-Nya dan hari kemudian, serta (tetap) mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan tidak takut (kepada siapa pun), kecuali kepada Allah. Maka, mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk.”

(QS Attaubah [9]: 18).

Mr Tobiey menulis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails