Pages

Saturday, May 29, 2010

Sayang Sepupu Saya

Hye Mrs Tobiey di sini..

Malam ni Mr.Tobiey tak ada kat rumah. Beliau pergi mencuri nota katanya. Selamat mencuri.

Sakitnya culf muscles saya skipping 3000x sehari. ouch! Demimu demi more, eh salah. demi mu Mr Tobiey muah muah. Hehe terjiwang pulak.

Tadi Mrs.Tobiey jenguk sekejap kat twitter, lama dah tak jenguk tapi tak la lama sangat. Maksud lama tak jenguk tu sebab dulu setiap hari main twitter, tapi sejak pakai netbook ni malas la pulak nak main twitter. Dulu janji dengan ayah ngada-ngada nak beli netbook sebab nak belajar, padahal betulkan lappy rosak tu baru Rm150 instead of Rm2500 beli ini netbook. Isk ape punya anak la ni. Sebab tu bila dah guna netbook, dah tak aktif dah main twitter, tapi facebook tetap aktif, hyperactive lagi. haih~

Eh macam dah lari jauh. Nak cerita tentang twitter sebenarnya. Mrs Tobiey bukak lah page sepupu kehormat Mrs Tobiey. Sedih la pulak sebab dia macam tengah kesepian, bukan macam tapi memang kesepian. Sapa nak dia sila angkat tangan! Orangnya cun, comel, kecik, pandai (tapi saya lagi smart kot. muhahaha gelak jahat), pandai masak kari dan kurma, pandai jahit nak kecikkan baju dan banyak lagi. amek la dia amek la. (selambe je lelong sepupu sendiri kat blog ni. seb baik dia tak baca)

Bulan depan family saya nak datang. Doa2 la depa dilembutkan hati bagi kami nikah time belajar ni.

Puh puh.. nak jampi Ya Latif kat muka depa..

Ok nak p belajar menjampi.

Tata.

p.s: sepupu, awak sayang saya x?

nak kawin juga

Owh..bosannya.

Kekasih hati dah tidur, senyap je dia tidur malam ni.Biasanya berdengkur...kui kui..

Owh..entry ke3 ..kronik kronik.Rasa macam nak goreng keropok siput pula malam - malam macam ni.Lapar.

JOM pergi KFC...hujung jalan tu je.

Owh, saya secara rasmi dah jadi follower kakak berlagak yang jahat mulut ini.Tengok muka memang macam ada bela saka keturunan.Hehe.

Saya peminat blog dia sebab dia memang berlagak dan saya suka keberlagakannya itu.Cikgu BM saya kata dulu, orang yang berjaya memang layak untuk berlagak sombong.Patutlah, cikgu BM saya pakai Mercedes mata belalang dan juga wakil UMNO Segamat Baru.Memang layak dia cakap begitu.

Lama saya tak baca blog dia dan tup tup tup....dia dah kahwin dengan abang beruang.Huhu..beruang yang boleh cakap PeranCIS!

Tak best betul, akak Norhazila (nama nak suci ) dah kahwin.
Agak unik ya, nama abang beruang rupanya Ikhlas..hehehe..



"Monejero lomose eito ka eito"
Maksudnya, " Ayah..saya mahu kahwin juga "

Buang karan, ayah tak faham bahasa Perancis.
Ayah sekolah Arab dulu.

Friday, May 28, 2010

perasaan yg tak best

Lagi dua hari ada exam lagi.
Dalam setahun saya hanya menduduki 2 kali exam sahaja.Sangat bosan.Terasa macam program tahunan sahaja bila menduduki exam ini.Owh, sukar dimengerti.

Bosan sebenarnya, sbb itu yang wujudnya 2 entry dalam masa tak lebih kurang 3 jam.Bosan mengulangkaji sesuatu yang saya tidak tahu apa keperluan membacanya.Buku setebal 352 muka surat itu sangat - sangat tidak menghairahkan.

Sebenarnya dua hari lepas saya menduduki 4 oral exam serentak.2 paper oral saya, lecture dah kata saya gagal, satu lagi pun saya rasa gagal dan hanya satu sahaja yang lulus.Owh!

Come on lecture ku, kalaupun saya gagal, tak usahlah nak cakap depan -depan.....malunya di depan kawan - kawan.Rasa 5 inci muka ni, tetiba muka jadi panas.Hehehe.

Keluar dari exam hall, saya terus cari kereta lecture tadi di garaj dan nah.....memang cantik dia park kereta dia, jauh dari orang ramai.Saya check, manalah tahu kalau - kalau ada CCTV.Line clear untuk menunjukkan bakat terpendam.Terimalah garisan bentuk NIKE di atas keretamu itu.Siap ada kartun Sin Chan lagi atas bonet kereta.Hadiah ikhlas daripada saya.Anak muridmu.

PUASNYA...saya ketawa seperti syaitan kuning.Muwahaha.

saya mengalami sindrom 'down'
terasa mahu bermain alat muzik ketika ini,
menghiburkan hati yg lara





p/s : Perenggan terakhir itu saya 'ngecong' sahaja.Perasaan tak best....3 paper dah fail.
Enak bukan, awal - awal dah tahu yg kita gagal?Enak macam makan tempe goreng cecah sambal kicap!

Laparlah pula.....

tak semua yg manis perlu ditelan....

dan tak semua yang pahit itu perlu dimuntahkan.

Assalamualaikum semua.

Saya baru sahaja selesai membukmak kan blog - blog yang saya suka baca.Alah, blog - blog org2x seni di CM tu.Mereka kelakar dan tidak hipokrit.Malah berjaya lagi berbakat.Suka baca kehidupan mereka yang buat saya ketawa seorang.Ketawa sampai pecah dinding.

Tadi hari Jumaatkan?Macam biasalah org lelaki wajib solat Jumaat.Saya mulanya mahu bersolat Jumaat di sebuah masjid yang agak best khatibnya, tapi entah macam mana saya terbelok pula masuk ke masjid yang satu lagi.Walaupun saya tahu, saya tak berapa suka solat di situ.Khutbahnya ringkas sgt, cepat habis..padahal seminggu sekali je nak dengar cerita - cerita agama ni.Betul tak?

Rupanya ada hikmah bersolat di situ.Si khatib tadi bercerita tentang Saidina Bilal RA.Saidina Bilal adalah seorang hamba kulit hitam dari bangsa Habsyi yang telah diangkat menjawat jawatan yg besar semasa hayat baginda SAW.Beliau diangkat menjadi tukang azan di kota Madinah Munawwarah.Bukan itu sahaja, tidak silap saya, semasa pembukaan kota Makkah, Nabi SAW telah memuliakan sahabatnya ini yg dulunya seorang hamba dengan menyuruhnya melaungkan azan di atas Kaabah, meelaungkan kalimah membesarkan Tuhan setelah lama Makkah dikuasai oleh orang - orang kafir musyrik.

Setelah kematian Rasulullah SAW, Saidina Bilal sudah tidak mampu hidup di kota Madinah dek terkenangkan kekasihnya SAW.Beliau berpindah ke Iraq.2 tahun selepas itu, Saidina Bilal bermimpi bertemu Rasulullah SAW yang menyuruhnya menziarahi Rasulullah SAW.Saidina Bilal pun berangkat ke Madinah.

Kota Madinah sepi, masih lagi hiba kehilangan insan tersayang SAW.Bungkam.Berair mata.

Apabila waktu azan tiba...Saidina Bilal melaungkan azan.Para sahabat semua terkejut.

Semuanya riuh,
"Ini suara Bilal..muazzin Rasulullah SAW.Apakah Rasulullah SAW kembali hidup dan mengarahkan Bilal melaungkan azan?"

Semua penduduk kota Madinah keluar dari rumah mereka masing - masing.Semuanya menangis teresak - esak...Ya Bilal..kau mengingatkan kami kepada Nabi SAW....Ya Bilal...inilah suasana tatkala Nabi SAW masih lagi bersama - sama kami.

Ya Bilal... saya kembali mengingati Nabi SAW.
Patutlal kaki saya nak sangat masuk masjid ini tadi.Ya Rabb...

Thursday, May 27, 2010

Mr. Tobiey

I love you sweetheart..

Monday, May 24, 2010

Kita


Kita

Hanya sulaman bahasa indah
Mengeratkan bahasa kita
Jemari comelmu bakal milikku
Moga yang dicanang kukotai
Dikau itu kita
Penawar hatiku....

~ baru pulang menjamah merpati pembangkit berahi

semakin kuning


Semakin kuning

Lelangit tampak biru
Menyapa pemuda sejati
Cekal meronta jejari jahili
Mentari sudah penat
Hati mula tempang
Alunan dunia meresapi
Yang biru
Semakin kuning
Yang teguh
Semakin pening


~ Salam perjuangan buat semua rijal - rijal haraki
bermalam di kota para nabi

Sunday, May 2, 2010

ini mungkin luahan hati seorang wanita yang tidak cantik

Tentang lelaki kacak.Hihi.

Saya terbaca tadi, dalam satu blog.Ya, blog ini tentang lelaki kacak.Terasa lah pula ( ouwch..perasaannya Tobiey ni ).Gurau - gurau.Mr . Tobiey tak kacak pun.

Saya kacak ke?
Mr Tobiey

Saya terpikat kepada pandangan si empunya blog ini dan saya hanya mahu katakan bahawa,

"Tidak semua lelaki kacak begitu dan sebenarnya itulah juga persepsi ( kadang2x ) saya tentang wanita - wanita cantik "

Apa pun bagi saya di zaman yang sudah hujung ini, biarlah saya mendapat pasangan yang ala - ala ini ( click sini ).

Tak nak yang kekwot kekwot dan sibuk sangat dengan urusan dunia.Saya sukakan yang simple, fokus membesarkan anak - anak untuk agama.Banyak ibadahnya, pandai menegur saya dengan lemah lembut jika saya melakukan kesalahan...jika saya terngorat anak dara jiran sebelah ke..tegur - tegurlah.Saya tak gatal sebab saya tak kacak bak kata empunya blog tadi dalam entrynya yang bertajuk,

5 sebab tak suka lelaki kacak.

1. Demand
Yelah, muka dah kacak, nak lah awek nya cantik juga kan? Sibuk la suruh awek pakai itu pakai ini. Pakai macam itu, macam ini.


"Malu lah I kalau you pakai macam ni je, tak cantik. You make up lah, bagi cantik sikit."


2. Control
Kadang-kadang tension jugak kalau dapat pakwe macam ni. Ingat kan perempuan je control-control, rupenye laki pun ada jugak. Kejap-kejap betulkan rambut. Makan pun control macam perempuan, risau betul dia. Parah ni.. hehe


3. Mata keranjang
Yelah, biasanya lelaki kacak ni taste dia tinggi, tu yang sambil jalan dengan awek boleh lagi mata liar sana sini cari "calon" baru. lalala~

( saya tak kacak, maka saya tak gatal )

4. Playboy

Katanya kawan biasa, tapi main mesej tak kira masa. Awek kampung, awek kolej, awek alam maya.. Semua lain-lain. Sedihnya~


5. Tidak setia

Nama pun kacak, senang lah gadis-gadis cun melekat pada dia. Dapat baru, lagi hot dan cantik, tinggal yang lama.. huk3~


Nasib baik saya tak kacak, orang perempuan tak suka rupanya....patutlah saya digilai dan disenangi ramai gadis - gadis.Sebab saya tak kacak.

( ketawa senang hati )
Related Posts with Thumbnails