Pages

Saturday, May 29, 2010

nak kawin juga

Owh..bosannya.

Kekasih hati dah tidur, senyap je dia tidur malam ni.Biasanya berdengkur...kui kui..

Owh..entry ke3 ..kronik kronik.Rasa macam nak goreng keropok siput pula malam - malam macam ni.Lapar.

JOM pergi KFC...hujung jalan tu je.

Owh, saya secara rasmi dah jadi follower kakak berlagak yang jahat mulut ini.Tengok muka memang macam ada bela saka keturunan.Hehe.

Saya peminat blog dia sebab dia memang berlagak dan saya suka keberlagakannya itu.Cikgu BM saya kata dulu, orang yang berjaya memang layak untuk berlagak sombong.Patutlah, cikgu BM saya pakai Mercedes mata belalang dan juga wakil UMNO Segamat Baru.Memang layak dia cakap begitu.

Lama saya tak baca blog dia dan tup tup tup....dia dah kahwin dengan abang beruang.Huhu..beruang yang boleh cakap PeranCIS!

Tak best betul, akak Norhazila (nama nak suci ) dah kahwin.
Agak unik ya, nama abang beruang rupanya Ikhlas..hehehe..



"Monejero lomose eito ka eito"
Maksudnya, " Ayah..saya mahu kahwin juga "

Buang karan, ayah tak faham bahasa Perancis.
Ayah sekolah Arab dulu.

1 comment:

  1. hehe.. malu la..
    xpe.. nnti bile berat dah normal, b dah xtidur berdengkur. lalala~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails