Pages

Friday, May 28, 2010

perasaan yg tak best

Lagi dua hari ada exam lagi.
Dalam setahun saya hanya menduduki 2 kali exam sahaja.Sangat bosan.Terasa macam program tahunan sahaja bila menduduki exam ini.Owh, sukar dimengerti.

Bosan sebenarnya, sbb itu yang wujudnya 2 entry dalam masa tak lebih kurang 3 jam.Bosan mengulangkaji sesuatu yang saya tidak tahu apa keperluan membacanya.Buku setebal 352 muka surat itu sangat - sangat tidak menghairahkan.

Sebenarnya dua hari lepas saya menduduki 4 oral exam serentak.2 paper oral saya, lecture dah kata saya gagal, satu lagi pun saya rasa gagal dan hanya satu sahaja yang lulus.Owh!

Come on lecture ku, kalaupun saya gagal, tak usahlah nak cakap depan -depan.....malunya di depan kawan - kawan.Rasa 5 inci muka ni, tetiba muka jadi panas.Hehehe.

Keluar dari exam hall, saya terus cari kereta lecture tadi di garaj dan nah.....memang cantik dia park kereta dia, jauh dari orang ramai.Saya check, manalah tahu kalau - kalau ada CCTV.Line clear untuk menunjukkan bakat terpendam.Terimalah garisan bentuk NIKE di atas keretamu itu.Siap ada kartun Sin Chan lagi atas bonet kereta.Hadiah ikhlas daripada saya.Anak muridmu.

PUASNYA...saya ketawa seperti syaitan kuning.Muwahaha.

saya mengalami sindrom 'down'
terasa mahu bermain alat muzik ketika ini,
menghiburkan hati yg lara





p/s : Perenggan terakhir itu saya 'ngecong' sahaja.Perasaan tak best....3 paper dah fail.
Enak bukan, awal - awal dah tahu yg kita gagal?Enak macam makan tempe goreng cecah sambal kicap!

Laparlah pula.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails