Pages

Friday, May 28, 2010

tak semua yg manis perlu ditelan....

dan tak semua yang pahit itu perlu dimuntahkan.

Assalamualaikum semua.

Saya baru sahaja selesai membukmak kan blog - blog yang saya suka baca.Alah, blog - blog org2x seni di CM tu.Mereka kelakar dan tidak hipokrit.Malah berjaya lagi berbakat.Suka baca kehidupan mereka yang buat saya ketawa seorang.Ketawa sampai pecah dinding.

Tadi hari Jumaatkan?Macam biasalah org lelaki wajib solat Jumaat.Saya mulanya mahu bersolat Jumaat di sebuah masjid yang agak best khatibnya, tapi entah macam mana saya terbelok pula masuk ke masjid yang satu lagi.Walaupun saya tahu, saya tak berapa suka solat di situ.Khutbahnya ringkas sgt, cepat habis..padahal seminggu sekali je nak dengar cerita - cerita agama ni.Betul tak?

Rupanya ada hikmah bersolat di situ.Si khatib tadi bercerita tentang Saidina Bilal RA.Saidina Bilal adalah seorang hamba kulit hitam dari bangsa Habsyi yang telah diangkat menjawat jawatan yg besar semasa hayat baginda SAW.Beliau diangkat menjadi tukang azan di kota Madinah Munawwarah.Bukan itu sahaja, tidak silap saya, semasa pembukaan kota Makkah, Nabi SAW telah memuliakan sahabatnya ini yg dulunya seorang hamba dengan menyuruhnya melaungkan azan di atas Kaabah, meelaungkan kalimah membesarkan Tuhan setelah lama Makkah dikuasai oleh orang - orang kafir musyrik.

Setelah kematian Rasulullah SAW, Saidina Bilal sudah tidak mampu hidup di kota Madinah dek terkenangkan kekasihnya SAW.Beliau berpindah ke Iraq.2 tahun selepas itu, Saidina Bilal bermimpi bertemu Rasulullah SAW yang menyuruhnya menziarahi Rasulullah SAW.Saidina Bilal pun berangkat ke Madinah.

Kota Madinah sepi, masih lagi hiba kehilangan insan tersayang SAW.Bungkam.Berair mata.

Apabila waktu azan tiba...Saidina Bilal melaungkan azan.Para sahabat semua terkejut.

Semuanya riuh,
"Ini suara Bilal..muazzin Rasulullah SAW.Apakah Rasulullah SAW kembali hidup dan mengarahkan Bilal melaungkan azan?"

Semua penduduk kota Madinah keluar dari rumah mereka masing - masing.Semuanya menangis teresak - esak...Ya Bilal..kau mengingatkan kami kepada Nabi SAW....Ya Bilal...inilah suasana tatkala Nabi SAW masih lagi bersama - sama kami.

Ya Bilal... saya kembali mengingati Nabi SAW.
Patutlal kaki saya nak sangat masuk masjid ini tadi.Ya Rabb...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails