Pages

Wednesday, June 2, 2010

betulkan lidah

Assalamualaikum kawan - kawan.Hari ni agak panas.
Cukup mukadimah begitu kot.Hari ini agak panas.Moga yang panas menjadi sejuk.

Ok hari ini bulan ke tiga saya mengikuti kelas al Quran secara praktikal.Al hamdulillah, sudah hampir habis, sudah masuk juz 22 hari ini.Seronok sebenarnya kita membaca helai demi helai depan guru al quran yang bertauliah.

Hari ini tukang tasmik bacaan saya memuji saya, dia kata sebutan ikhfa' saya bagus.Owh, saya sendiri tidak tahu perkara ini.Iye ke betul?Dia pula yang bertanya kepada saya dan mengadu yang dia kadangkala keliru dalah hukum ikhfa'.

Apa pun sebenarnya, menyebut huruf - huruf yang mengalami proses ikhfa' sgt mengelirukan.Kendatipun saya dipuji, saya tak rasa saya telah menyebutnya dengan tepat.Ia hanya mungkin separa tepat.10% daripada sebutan yang tepat 100%.Apa pun ada masa lagi untuk saya membaik pulih yang tidak elok.Kita hanya manusia - manusia yang biasa, buat silap, betulkan balik, buat silap...betulkan balik..buat silap...belajar lagi untuk terus menjadi yang terbaik.Ia proses al inabah.

Secara mudah, apa yang saya amalkan dalam menyebut huruf yang mengalami proses hukum ikhfa', ianya terbahagi kepada 3.Huruf kaf dan qof lentikkan lidah ke atas gigi seri atas dan huruf tha, tho dan dal lentikkan ke bawah gigi seri bawah.Huruf yang selebihnya berada di antara gigi bawah dan atas ( gigi seri ) - pertengahan.

Kesannya, sebutan bacaan al quran kita akan lebih 'best'.Haha.
Balik daripada kelas, saya membuka bab hukum ikhfa' di dalam sebuah buku tajwid.Ma sya Allah...banyak lagi ..teori saya yang tadi hanya 10% daripada teori ikhfa' yang selebihnya.Dangkalnya ilmu saya....

Tak mengapa, belajarlah lagikan.Walaupun usia dah lanjut, tak mengapa untuk kita belajar memperbaiki bacaan Al Quran, sebabnya..hari - hari kita nak baca Al Quran kan?Daripada salah sepanjang hidup, lebih baik kita betulkan sebelum mengadap rabbul jalil.

Meh layan sikit you tube nih ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails