Pages

Saturday, June 5, 2010

kisah kukuku

Kukuku atau kuku ku.Siapa cikgu BM?Hah..tanya kak Longku.Kak Long ku atau Kak Longku?

Aduii..sudah pening.Semua tahu apa itu kuku bukan?

Hukum dan Hikmat Memotong Kuku.

Baiklah.

Memotong kuku termasuk dalam amalan sunat. Hal ini disebut dalam hadis iaitu daripada Saidatina Aisyah yang maksudnya “Sepuluh perkara yang dikira sebagai fitrah (sunnah) iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke dalam hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinjak). Berkata Zakaria “Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur” (riwayat Muslim)

Memotong kuku adalah sunat bagi lelaki dan perempuan sama ada kuku kaki atau tangan. Adapun hikmat daripada pensyariatan memotong kuku adalah menghilangkan kekotoran yang melekat atau berkumpul di celahnya. Kotoran itu jika tidak dibersihkan akan dan boleh menghalang air ketika bersuci. Selain itu, jika kuku dibiarkan panjang segala kekotoran atau najis akan terlekat padanya dan nescaya ia menjejaskan kesihatan.

Cara untuk memotong kuku.

Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan, kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan,kemudian kaki kiri. Menurut Imam Nawawi, sunat memotong kuku bermula dari jari tangan kanan keseluruhannya dari jari telunjuk hingga ke jari kelingking dan diikuti ibu jari. Kemudian tangan kiri bermula dari jari kelingking hingga ibu jari. Sementara kuku kaki pula bermula dari kaki kanan daripada jari kelingking hingga ibu jari. Kemudian kaki kiri daripada ibu jari hingga kelingkiing.

**********************

Selesai kelas kuku kita hari ini.Hehehe.
Sebenarnya itu hanya pengisian ringkas.Saya ada persoalan yang baru sahaja terungkap jawapnnya beberapa hari yang lepas.Kalau anda semua baca hingga ke akhir cerita, mungkin anda akan faham..tp itupun kalau saya reti bercerita.Haha.

Oklah.Saya ada seorang guru atau lecture atau sheikh atau tuan guru.Oklah, kita namakannya tuan guru sesuai ehhh seswaii..ya sesswai dgn bahasa orang - orang kita.Satu hari saya terlihat kuku tuan guru saya yang panjang...saya mula terfikir sesuatu, kenapa seorang tuan guru yang sepatutnya menjaga kebersihan tidak memotong kuku dan dibiarkan kukunya agak panjang.Saya lantas melihat kukuku ( kuku saya )..nasib baik pendek...terjaga..macho ( pulok ).

Apabila sampai di rumah, saya masih memikirkan hal yang berlaku tadi lalu saya berhusnuzon dgn tuan guru saya itu.Mungkin tidak sempat potong barangkali.

Pada minggu hadapannya, saya menghadiri lagi kelas seperti minggu lepas.Saya memerhatikan tuan guru saya, adakah kukunya telah dipotong atau pun belum.Haaah!Belum lagi, tetapi panjangnya sama seperti minggu lepas.Kenapa ya?

Saya pulang dan berhusnuzon lagi sebagai adab kepada tuan guru.Mungkin tuan guru saya ada sakit kuku..jikalau dipotong ..jarinya akan sakit.Mungkin.

Selang beberapa minggu kemudian.Saya menukar cadar katil saya yang telah lama tidak berbsauh dengan cadar yang lain.Nampaknya bersih tetapi setiap kali saya bangun tidur, saya mengalami gatal - gatal.Badan saya merah - merah.Eh ada pijat ke katil saya ni?Setahu saya, rumah ini aman pijat.

Saya pun duduk di birai katil sambil terkeruk - keruk bahagian badan yang gatal - gatal.Enaknya...puasnya...lazatnya garukan ini.Ahhhh...

" Nasib baik kuku aku panjang " saya bermonolog dalam hati.

Lantas, muka tuan guru saya yg sedang tersengih menjelma dalam imaginasi pagi saya
Saya ketawa kegelian...hahaha...ada guna rupanya berkuku panjang sedikit.
Saya terus menggaru dengan masyukkkk..hehehe.

" Ahh..sedapnya....sedap macam makan tempe goreng cecah sambal kicap Mak Ton "

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails